AKHLAK TERPUJI

Tamakkan dunia ialah kecenderungan untuk memburu dan mengejar kehidupan duniawi termasuk mengumpul harta benda, mengejar kedudukan pangkat, nama dan darjat, menyintai kemewahan hidup dan melupakan tanggungjawab terhadap Allah SWT

Islam tidak menegah atau menghalang umatnya mencari kekayaan dan kebahagian di dunia, sebaliknya apa yang ditekankan ialah memburu kebahagiaan hidup di dunia dan janganlah sampai lupa tanggungjawab mempersiapkan diri dengan amalan serta bekalan kehidupan di akhirat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:”Dan carilah kurniaan Allah untuk kebahagiaan di akhirat di samping itu jangan pula engkau lupa kepada kebahagiaan di dunia.” (Surah Al-Qasas:ayat 77)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.”(Hadis riwayat Al-Asyakin)

Jelas Islam adalah agama yang radikal serta tidak pasif, ia menyarankan perspektif luas supaya wujud keseimbangan antara kepentingan dunia dan akhirat antaranya menerusi kewajipan berzakat; yang kaya membantu golongan yang memerlukan.

Malah, selain ganjaran pahala, amalan zakat menjadikan umat Islam bersifat rendah hati dan mereka yang rendah hati tergolong dalam golongan sangat dikasihi Allah SWT. Sejarah Islam sudah menunjukkan bukti jelas bahawa orang yang tamakkan dunia akan menerima pembalasan daripada Allah, bukan saja di dunia, tetapi di akhirat seperti berlaku terhadap Qarun seorang hartawan yang hidup pada zaman Nabi Daud a.s.

Disebabkan sifat tamak dan haloba atas rezeki yang Allah SWT kurniakan, Qarun bersama hartanya ditelan bumi. Begitu juga Firaun yang bongkak hingga mengaku dirinya tuhan akhirnya mati dihanyutkan arus lautan yang bergelora.

Marilah kita menyedari hakikat bahawa segala kekayaan dimiliki seseorang adalah suatu ujian daripada Allah SWT untuk melihat sejauh mana kesyukuran serta ketakwaan kita dalam menerima anugerah itu.

Bagi yang tebal rasa keimanannya tentu saja mereka akan member segala kekayaan dan harta benda itu sebagai pemberian yang perlu disyukuri, manakala mereka yang tamak dan haloba sering berasa tidak pernah cukup lalu akhirnya kekayaan menjadikan ia bertambah sombong, bongkak,kikirdan kedekut serta berpaling menjauhkan diri daripada Allah SWT.

Oleh itu sifat rendah hati amat ditekankan di dalam Islam kerana sifat rendah hati boleh menjadi benteng mencegah daripada rasa tamak haloba terhadap dunia.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bahawa kebanyakan manusia itu sentiasa bersifat tamak serta tidak pernah bersyukur, jika kami berikan satu lembah emas nescaya dia akan meminta lagi, kemudian bila kami berikan dua lembah emas sekalipun, namun dia tidak juga berasa cukup lalu memintanya lagi.”

Sementara dalam kumpulan riwayat (Al-Futahal Makkiyah) Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia itu kebanyakannya berada di dalam kecukupan tetapi mereka masih mencari akan apa yang membawanya kepada kedurhakaan, seseungguhnya manusia itu juga tidak pernah berasa cukup dengan sedikit, tetapi tidak pula mereka berasa puas dengan yang banyak.”

Pada zaman Rasullullah SAW ada seorang sahabat bernama Abu Sa’labah yang hidup dalam keadaan miskin, tetapi terkenal sebagai seoarang yang cukup taat mengerjakan sembahyang berjemaah bersama nabi serta sahabat.

Nabi Muhammad SAW hairan kerana Abu Saalabah tidak pernah mahu ikut bersama jemaah lain untuk mengaminkan doa dibaca Baginda setiap kali selepas selesai menunaikan solat.


Pada suatu hari ketika Abu Saalabah hendak bangun meninggalkan jemaah yang sedang mengaminkan dia, tiba-tiba Rasullullah SAW memanggilnya searya bertanya:”Wahai Saalabah, mengapa aku lihat engkau tidak pernah menunggu bersama orang lain untuk mengaminkan doaku.”

Maka Saalabah pun menjawab:”Wahai Rasullullah, sebenarnya hamba ini seorang yang sangat miskin, kebetulan hanya inilah saja sehelai kain(sambil memegang kain yang dipakainya) yang hamba miliki, oleh itu hamba tidak sempat untuk menunggu lama bagi mengaminkan doa tuan, sebab kain ini jugalah yang hendak dipakai oleh isteri hamba yang kini sedang menunggu untuk bersembahyang di rumah.”

Mendengarkan jawapan itu, Rasulullah SAW tercengang lalu baginda bertanya pada Abu Saalabah:”Jika demikian miskinnya kamu, maka mahukah engkau aku doakan supaya menjadi kaya?” lalu Abu Saalabah menjawab:”Demi engkau sebagai nabi dan kekasih Allah doakanlah supaya aku menjadi kaya.”

Selang tidak berapa lama kemudian, dengan berkat doa Nabi Muhammad SAW maka kehidupan Saalabah beransur-ansur senang sehingga dia menjadi kaya raya selaku seoarang saudagar dan tuan punya biri-biri dan unta yang banyak.

Selepas kekayaannya Abu Saalabah tidak lagi kelihatan dating kemasjid untuk menunaikan sembanyang berjemaah bersama nabi serta golongan sahabat lain. Ketika beberapa sahabat menanyakan Nabi Muhammad SAW mengenai ketiadaan Saalabah sembahyang berjemaah, lalu baginda menjawab:”Kesibukan menguruskan harta benda dan kecintaan Saalabah kepada dunia ini menyebabkan dia terlupa untuk mrncari jalan ke masjid.”

Kisah Saalabah menunjukkan bahawa kemewahan hidup serta sifat tamakkan dunia bias mengugat ketakwaan serta keimanan seseorang.

Dalam sebuah hadis sahih, seseorang yang bertanyakan kepada Nabi Muhammad SAW mengenai perbandingan antara kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat, maka jawab baginda:”Ketahuilah kamu bahawa jika dibandingkan kenikmatan yang ada di dunia ini dengan kenikmatan di dalam syurga, maka dunia sebenarnya adalah tak lebih seperti seketul bangkai yang ditarik atau direbut oleh beberapa ekor anjing.”

Sementara dalam hadis lain, bertanyakan pula seseoarang kepada Rasullullah SAW mengenai perbandingan antara dunia dengan akhirat, maka jawab baginda: “Celupkan jarimu ke dalam air laut, maka air yang menitis dari hujung jarimu itulah dunia, manakala air yang selebihnya tertinggal di lautan itulah akhirat.”
0 Responses

    Selamat Datang Para Pembaca

    Selamat datang di blog anak universitas jambi ini, semoga bermanfaat dan sukses buat kita semua

    PILIHAN